Tuesday, October 12, 2010

Keajaiban Rumah Pokok Moden

Pernahkah anda tebayang untuk kembali tinggal diatas pokok seperti zaman dulu kala? Jika ya, ini adalah berita baik untuk anda kerana pakar - pakar arkitek dari seluruh dunia sedang berusaha membangunkan rumah pokok komersial. Jom lihat bakal rumah anda!


Temple of the Blue Moon

Temple of the Blue Moon

   Pete Nelson adalah seorang jurugambar, penulis dan pembangun rumah pokok. Nelson juga merupakan arkitek dan kontraktor,dan dia telah mempelopori penciptaan rumah pohon yang  dapat tumbuh. Nelson dalam buku terbarunya, New Treehouses of the World, membawa kita pada perjalanan hebat melalui tempat persembunyian rahsia, dari Long Island ke Thailand dan banyak tempat di antaranya.

    Nelson, yang merancang dan membina struktur menarik melalui syarikatnya yang berpusat di Seattle Treehouse Workshop, Inc, percaya mereka membantu anak-anak dan orang dewasa untuk bersama - sama berhubungan kembali dengan alam, serta menikmati waktu keluarga. Teruskan untuk melihat beberapa ruang di dunia yang paling menakjubkan!

Temple of the Blue Moon

Di bahagian tengah Fall City, Washington ini terdapat sebuah rumah pokok yang menempatkan Sekolah Rumah Pokok Nelson, yang merupakan tempat bagi para pelajarnya untuk belajar tentang seni rumah pokok dan mempelajari alam sekitar.


Rumah Pokok Beach Rock

Beach Rock Treehouse

Terletak tinggi di dalam hutan Okinawa, Jepun ini adalah ciptaan unik seorang pakar pembangun rumah pokok jepun, Taka, penulis buku Treedom : Jalan Menuju Kebebasan. Ciptaan menarik Taka ini menjadi daya tarikan  popular di Beach Rock Resort di mana jutawan - jutawan Jepun berkunjung untuk lari seketika dari kesibukan kerjaya. Rumah Pokok ini dibina pada tahun 2005, malangnya ia cuma bertahan setahun apabila roboh disebabkan taufan!


Free Spirit Spheres

Free Spirit Spheres

Nampak seperti dalam filem Avatar atau Star War bukan?Free Spirit Spheres di British Columbia ini direka khas untuk orang dewasa sahaja. Buatan tangan dari kayu tempatan yang berkualiti, rumah pokok ini dilengkapi dengan tempat bersantai, sesuai untuk menjalankan kajian tanpa gangguan, dapat mengintai hidupan liar serta dilengkapi dengan kemudahan air dan elektrik. Rumah ini boleh disewa tapi anda pasti dapat membayangkan harganya!


Rumah Pokok Driftwood Inn


Driftwood Inn Treehouse

Lagi ciptaan Nelson! Nelson membina rumah pohon ini cantik di sebuah jurang dekat saluran terpencil di Puget Sound. Pelanggan yang datang biasanya merupakan para pecinta alam. Tempat ini dikenali sebagai Inn Driftwood.


Rumah Pokok Driftwood Egg

Driftwood Egg Treehouse

Ciptaan unik Taka yang lain adalah Rumag Pokok Driftwood Egg ini. Taka menciptanya untuk iklan Nescafe di pulau utara Jepun , Hokkaido.


Rumah Pokok Secret Garden

Secret Garden Treehouse

Rumah Pohon yang diberi nama Secret Garden ini direka oleh seorang ahli muzik yang ingin bersara dengan tenang.


Desa Pokok! Finca Bellavista

Finca Bellavista Treehouse

Sepasang pakar dari Costa Rica, Matt dan Erica Hogan, sedang membina 30 lot rumah pokok di Desa Eko.Finca Bellavista, nama desa kecil ini bakal dilengkapi dengan sitem tenaga dari empangan mircohydro dan panel solar, pusat kitar semula dan taman awan.pengangkutan adalah dengan berjalan kaki dan pengunjung serta penghumi desa ini akan tinggal di rumah - rumah pokok!


Lantern House

Lantern House

Roderick Romero seorang pakar dalam seni bina unik rumah pokok mencipta rumah pokok ini dari bahan - bahan terpakai. Romero membina rumah ini di Italy untuk bintang rock Sting.


Rumah Pokok Pat dan Lary

Pat and Lori's Treehouse

Rumah pokok berjambatan ini dibina di Barat Washington oleh Sahale Bridge Builders of Seattle untuk peminat - peminat alam semulajadi.

No comments:

Post a Comment