Air mata dapat membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu eyemore! Cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria original. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 % bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam masa 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan kembali stabil. Air mata yang terhasil disebabkan menangis karena emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iris mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa uji kaji tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar disebabkan menangis karena emosional mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, air mata itu sebenarnya mengeluarkan racun dari tubuh badan kita.
5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis dapat mengurangkan stress ? Air mata juga boleh mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Melegakan perasaan
Semua orang biasanya merasa demikian. Meskipun Anda mengahadapi pelbagai macam masalah dan ujian, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Oleh itu keluarkanlah masalah anda dengan menangis, jangan dipendam lama - lama!
No comments:
Post a Comment